CARIAN

Memuatkan ...

Rindu Kat Hubby, Rindu Kat Anak2

Malam ni dah masuk malam ke dua aku tido di The Zon Regency Hotel ni
Sempena nak menjayakan conference yang di anjurkan oleh jabatan aku
Dan malam ni juga dah malam ke tiga aku tido tanpa anak2..
Sebab anak2 aku anto balik kampung
Takut aku tak leh perform kat conference
dok sibuk ingat anak kat umah..
Hubby aku bz... menukang, wat renovate umah customer tak siap2
Kejar dateline
Dan kebetulan anak tak der, aku pun tak der
Hubby siang malam menukang
Dah minat dia ke situ
Aku malas nak kata aper
Janji ader income masuk
Udah le.....
Konon nak balik Pasir Gudang malam ni
Tapi pinggang aku sakit betul
Nak drive tak larat la..
Even berjalan kaki pon dah terkengkang-kengkang
Duduk pon melunjur je kaki masa registerkan participant
Perut pun dah merasa sakit2
Lebih perit bila baby dalam perut ini bergerak-gerak dengan hebatnya
Adusss...
Baru 6 bulan mengandung
3 month to go...
huhuhuhu
Tak prepare aper pon untuk sambut anak yang ke-3 ini
Hopely, rezeki aku dan hubby semakin mewah
Agar kami dapat menyambut kelahiran ini sama seperti Kakak Nurin dan Abang Adam nya nanti
Walaupun hubby dah kene berhenti keje awal tahun ini
Namum lately nie banyak pulak offer keje kontrak renovate yang hubby dapat
Syukur sangat2
Semoga, bertambah2 rezeki kami nanti...
Hem.. dah nak kol 12.00am
Aku tido dulu lah
Sok acara bermula...
MB tak jadi rasmikan conference
So YB Exco Kesihatan Negeri Johor yang akan menggantikan tempat beliau
Semoga aper yang di rencanakan dapat berjalan dengan lancar....


post signaturengantuk dah nie.... tak larat nak bukak mata... zzZZzzzzzz

NAPER AKU TAK LEH NAK ACCESS BLOG AKU

Salam....

Aku kini berada di bilik penginapan, The Zon Regency Hotel, Johor Bahru bagi menjayakan National Conference Pengurusan Kecemasan ( MPPK ) Johor 2009

Agenda hari ini akan di dahulukan dengan Pre Conference- Middle Level Enhancement Course. So aku dan team dah bangun pagi2 nak sarap dulu baru lah mempersiapkan diri untuk handle peserta sepanjang event ini berlangsung.

Ari nie aku surve internet ( wifi free je ) kendian aku masuk lahblog aku.. tapi tak boleh lah.. kenaper eik?

Ada sesaper leh tlg explain tak? bila aku type add blog aku, aku tak boleh nak access. dah kene remove... adus... pelik arrrr...

tolong aku ye bagi penyelesaian.... bb aku akan berkampung di The Zon Regency ini sampai khamis ( 29hb Oktober 2009 ) so ntah sempat ke tak aku nak solve prob blog ni...

Anyway.. jumpa lagi nanti di lain kesempatan dengan gambar2 sepanjang event ini berlangsung..

BYe!!!

Taip perenggan yang hendak dipamirkan di sini

Taip bahagian pos selebihnya di sini



post signature

CERIAKAN HIDUP ANDA : LETIHNYER BERPUASA!!!!

Salam semua

Aku rasa bosan ari nie.. penat bekerja mengejar target peserta MPPK masih tak tercapai...
Jom kiter layan je gambo-gambo nie..

Mudah-mudahan boleh lah layan sambil tersengeh2... kan!!!

Ops.. sebelum aku pamerkan gambo2 tur, aku nak war-warkan kepada semua anggota yang bekerja dalam bidang kesihatan tak kira sektor kerajaan atau swasta ( spital ke, klinik ke, kolej ke janji keje dlm bidang perubatan dn kesihatan ) aku nak jemput mereka yang berminat untuk menyertai National Conference Perkhidmatan Kecemasan ( MPPK ) Johor 2009 anjuran Jabatan Kecemasan Dan Trauma, HSAJB dan MASTEM pada 27hb - 29hb Oktober 2009 bertempat di Zon Regency Hotel, Johor Bahru.

Yuran pendaftaran telah di tetapkan. So kene lah contack aku sekiranya berminat.....
Email boleh.. nak call pon boleh.. so tinggalkan je lah komen kat sini yerk.... kang aku reply balik... he3

Jom layan pic... k!

---------------------------------------------------------------------------











































Cute kan!!!!!!



post signatureSuka aku melayan pic nie.....




SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung blog aku yang dah nak malap nie
( sebab aper malap? sebab aku lama tak update )

Firstly, aku nak minta maaf kepada semua yang membaca / mengukuti / mengintai kat blog aku nie jika terkasar bahasa, terguris perasaan selama uolls membaca blog aku nie.. aku sangat2 mengerti dengan penggunaan bahasa aku yang kasar bunyinyer... he3.. ( kdg2 bagi aku bahasa yang aku gunakan dah ok dah.. )

Hari baik, bulan baik... tak besh lah nak berdendam.. leraikan aper sahaja yang tersimpul, tersumbat kat hati perut itu semoga dengan terlerainya ikatan simpul mati itu akan mengurangkan bebanan yang di rasai.. InsyaAllah..

Uolls nak tau aper yang berlaku kat aku sejak kebelakangan ini.... Meh, aku nak story sikit...
Tahun lepas, aku kan accident lagi 3 hari nak raya... teruk keter dok bengkel selama 3 minggu....


So tahun ni aku lebih berhati2 memandu... pi lantak la org nak potong Q ke, nak ajak race ke, pembuli jalan raya ke.. aku tak kuasa nak layan.. yang penting, aku akan memandu dengan hemahnya dan seboleh2nya nak elak daripada berlaku kecelakaan...

Tahun lepas aku accident ari sabtu, baru balik keje ( over time ).. so tahun nie pon, last puasa ( ari sabtu jugak ) aku kene overtime.. so dengan berhati2 bawak pon slow ( 70km/j ) aku memandu pulang.. almaklum le esoknyer nak raya kan.....

Syukur Alhamdulillah, setakat ini tiada aper.. Fuh.. maunyer tak fobia aku... Namun, tahun nie aku tak keje pagi raya macam tahun lepas, tapi aku akan bekerja pada pagi raya ke2...

Walaupun tahun ini merupakan giliran kg hubby aku, namum dek kerana ekonomi rumah tangga yang gawat.. kami cadang nak beraya kat umah sendiri je.. lagipun, jiran2 ramai tak balik beraya... so bagi kami, meriah lah.... ( tapi aku tetap berdukacita bab tak balik kg.. waaaaaa )

Tapi, tika aku balik dari keje ( ari sabtu last puasa tu la ), tetiba hubby aku ajak balik kg aku.. ( sebab kg aku kat kluang je compare kg hubby kat Muadzam Shah denu )...


dengan hati yang gumbira teramat, aku pon mengemas segala kaib baju sumbat terus dalam beg.. Walaupun penat bekerja masih tak reda + sakit pinggang, aku tetap bersemangat mengemas. Yang paling syok sekali, tahun depan pun aku masih dapat giliran aku itu.... Fulamak... syok gilessss... Cayang hubby..

Aku sampai ke Kluang hampir maghrib... dan sure lah mak dan ayah happy tengok anak menantu cucu balik beraya..... tapi penat tetap penat sebab aper ?



Last Puasa

~ Kene keje ( 7.00am - 2.00pm )
~ Mengemas dan travel balik Kluang
~ Malam, gi Bazar yang penuh sesak.. mcm tak cukup nafas di buatnya......
~ Balik dari bazar dah kol 12am.... penat.... tak tolong mak pon sebab aku dh zzzzzzzz

Raya Pertama

~ Pas Solat Raya balik kg ayah kat Paloh, Kluang
~ Penuhnyer umah nenek, bb adik beradik ayah ramai yang balik + sepupu sepapat..
~ Pi beraya umah Mak Long aku plaks..... penuh duit raya anak aku..
~ Balik umah, dah lepak gilesss.. esok nak keje....


Raya Ke2

~ Kol 4am dah bangun mengemas, nak balik...
~ Kol 5am, aku drive sengsorang. lain2 dah terbongkang.. aku sampai HSAJB kol 6.30am...
~ Keje ( 7.00am - 2.00pm ).. patient ramai gaks.. ramai sakit peyut...
~ Balik, hubby amek.. gi paso standby nak masak utk MIL nak dtg umah..
~ Kol 5.00pm.. bz kat dapo.. masak da..
~ MIL sampai kol 7.00pm dari Kuala Rompin, 3 keluarga... full umah aku...

Raya Ke3

~ MIL masih kat umah.. sarap, makan tengahari.. then aku rasa mcm nak pengsan.... penat sangat2. Aku tido tengahari tu.....
~ Hubby dan anak2 bawak kaum keluarganya jenjalan kat JB.. aku tinggal sebab sakit pinggang teramat sangat..... + nak kemas umah.... tinggal aku sorg2 kat umah..
~ Kol 7.15pm, umah black out... hubby masih blom balik.. mujur ader jiran tetangga.. tak arr takut sangat kan!!!
~ Kol 8pm, mereka sumer balik.. umah masih gelap guita... nasib baik dorg sumer dh makan kat luar.. selamat aku....
~ Kol 9pm.. karen on balik.. yeah!! umah dah terang...


Raya Ke4

~ MIL prepared nak balik.. aku masak nasi goreng utk bekfes..
~ Mengemas umah dah mcm tongkang karam.. pinggang bertambah sakit....
~ Malam, pi beraya umah Mak Ngah dan sepupu sepapat kat area Pasir Gudang


Raya Ke5

~ Patut kene keje dah.. tapi terpaksa off sebab badan terasa weak. pinggang bertambah sakit.... tak larat nak bangun....


----SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi, MaaF ZaHiR & BaTiN----






post signatureRaya tetap meriah..... banyak betul bunga api merdeka mekar di angkasa




Senai-Pasir Gudang-Desaru Expressway ( E22 )

Kelmarin
Aku balik kluang amek tempeyek yg mak aku buat..
Oleh kerana hway baru dah bukak
Aku pun nak le try lalu sitew sementara masih free lagi kan...

Aku masuk exit Cahaya Baru, Masai ke Ulu Tiram. Ntah baper minit aku sampai Ulu Tiram agaknyer, lupa nak set masa. Sebab aku banyak berhenti tepi jalan di sebabkan kenakalan anak2 di dalam kereta tak geti dok diam... Fenin..

Aku ingat, pas nie nak jenjalan lah ke Tanjung Langsat ke... di Hari Raya nanti..
Almaklum la, aku tak balik beraya.....

BISNESS TIME POSER NIE....


Salam...

Sebut je nak poser, atau mmg dah masuk bulan ramadhan nie
Macam-macam lah peluang nak bisness nie kan..

Mana yang pandai menjahit, bz dgn tempahan baju raya
Mana yang pandai wat biskut bz ngan tempahan biskut raya
Mana yang pandai masak bz berniaga kat Bazar Ramadhan

Maka, aku juga ingin merebut peluang ini..
Walaupun tak pandai menjahit, tak pandai wat biskut, tak pandai masak..
Tapi aku tolong mak aku jual tempeyek..

So saper2 nak beli tempeyek hasil air tangan mak aku, boleh contack aku yerk ( 019-7844247 )
Penghantaran percuma untuk member2 terdekat, Taman Scientex dan HSAJB..

Tapi kalau yang dok jauh tur, aku boleh hantar guna pos laju jerk.. tapi kene lah order awal2 yerk.. takut tak sempat sampai..

Eh!! Tak semestinya time nak raya je boleh order tempeyek.. kalau saper2 nak jual time tak raya pon boleh.. tempeyek sekarang kan dah jadi makan ringan.. melambak jual kat kedai sepeket RM1.00 kan..

Nak beli borong pon boleh, tapi kene deal ngn mak aku lah yerk....

Terima Kasih..

post signatureMana tau kot-kot mak aku boleh jadi usahawanita IKS....

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA




Aku dah type pjg2 dah tadi... tapi jadi camnie plak.. ntah mana ilang post aku agaknyer..
Wat short je lah yerk...

1st..... nak wish Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. semoga puasa kiter, amalan kiter di terima oleh-Nya

2nd...... sebelum kiter berpuasa esok, baik lah aku nak luahkan perkara yang aku tak pueh ati semalam... Sebenarnya aku baru tahu yang Labor Room, HSAJB nie suami dah tak di benarkan masuk.. sebabnyer....

Ader seorang lelaki India menemani isteri di dalam Labor Room, kepala baby dah kuar, so doktor yang bertugas berusaha nak selamatkan baby lah kan....

Bila si lelaki India nia nampak kepala baby dah kuar ader darah, lelaki India yang cetek ilmunya ini menyangka doktor telah mencederakan kepala baby.....



So aper lagi, lelaki India nie telah melempang doktor ini berulang kali.....

Di sebabkan peristiwa ini, para suami tak di benarkan menemai isteri di Labor Room... Cis!! kerana si lelaki India yang ( tak tau nak gelar dia aper ), undang-undang ini di kuatkuasakan....

Setelah baby di bersihkan, petugas lain pon menunjukkan baby itu kepada lelaki India itu di mana tak der cedera kat mana-mana bahagian pon.. lelaki India itu terus tak menunjukkan diri selepas itu.

Dan doktor yang kene lempang itu telah membuat laporan polis....

Abis hubby aku tak leh le nak masuk teman kan aku next year.. sedih nyer aku!!!!!!

3rd...... semalam juga kol 4.30pm, aku lihat awan dah gelap.. angin kencang ala-ala ribut gitew..

Aku minta izin ngn Penyelia nak balik awal... setelah dapat keizinan, aku pon cepat2 lah balik..

Malangnya, keter aku kene blok ngn keter kancil.. tak tau saper empunya, no tipon tak der, sticker tak der..

Aku panggil guard, wat annaucement, pon tak der..

aku tunggu hingga kol 5.15pm, dari hujan rintik2, hingga hujan lebat, baru lah pemiliknyer muncul... dia seorang mamat yang lemah lembut awwww gitew....

Oleh kerana lemah lembut, maka segala tingkah laku pon lembut jugak la.... nak tekan alarm lambat, nak masuk keter lambat, boleh berborak2 ngn guard dalam ujan, nak alihkan keter lambat..

Oleh kerana suhu aku tak boleh nak di kawal lagi, maka aku dengan spontan bukak payung, gi ke kereta dia, aku maki semaki makinya..... aku nak balik Pasir Gudang lah.... jalan jammed lah.. aku tunggu kol dari kol 4.30pm lah..... letaklah phone no lah.. senang aku nak contack lah..... samdol!!!!!

Fuh!! Pueh ati aku....

TQ....


post signatureEsok aku wat OT kat kaunter pendaftaran... jangan lah aku jumpa ngn patient / pembawa yang celupar tau nak maki orang jerk...... kureng plak pahala puasa aku kang..





 

Copyright 2007 ID Media Inc, All Right Reserved. Crafted by Nurudin Jauhari